Tujuan;
Doa untuk anak tekun dalam menuntut ilmu dan mendapat hikmah, bermanfaat kepada ibubapa dan masyarakat, terhindir dari melakukan keji dan kejahatan, tidak mudah terpengaruh oleh anasir buruk.
Kaedah Membaca; Baca Surah Al-Qadr dan tiupkan di kepala & telinga kanan dan kiri sewaktu anak sedang tidur.
Al-Qadr (Surah 97: Ayat 1-5)

[97.1.] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[97.2.] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[97.3.] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[97.4.] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[97.5.] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
===============================================================
Tujuan; Doa untuk Anak senang mendirikan Solat
Ibrahim (Surah 14: Ayat 40)

[14.40.] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
No comments:
Post a Comment