Doa untuk menghilangkan kedegilan pada anak. Caranya bacaan ialah:
1)Baca Surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi & Surah Al-‘Isra’ Ayat 82 pada air. Kemudian, air tersebut diberikan kepada anak.
2)Baca Surah Ash-Sharh pada dahi anak ketika ia sedang tidur.
Surah Al-Fatehah
(1) Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.

(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Ayatul Qursi
(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Surah Al-‘Isra’ (Surah 17: Ayat 82)
[17.82.] Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; Dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al-Insyirah/Ash-Sharh (Surah 94: Ayat 1-8) 
(1)Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

(2)Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –

(3)Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4)Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5)Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6)(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7)Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8)Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
=====================================================================